Melalui double slit experiment, terbukti bahawa elektron sebenarnya adalah partikel dan dalam masa yang sama adalah gelombang. Apabila ukuran dilakukan melalui penglihatan (pelihatan), elektron yang ditembakkan sememangnya membentuk satu garisan selepas melalui double slit tersebut. Namun apabila ukuran tidak dilakukan, ia akan membentuk corak gelombang, sama seperti gelombang permukaan air yang ditolak (diberi daya) ataupun dicampakkan batu ke permukaan air.
Kejadian ini amat misteri namun saintis telah merekodkan sehingga kini bahawa elektron berada dalam keadaan superposisi sehinggalah pengukuran di lakukan ke atasnya. Selepas itu, keadaan superposisi itu akan menjadi stabil dan tetap (berada di kedudukan asalnya) selepas pengukuran dilakukan.
0 Ulasan